Wednesday, June 18, 2008

DECANTING WORKS ( PENGOSONGAN BANGUNAN)

PENGOSONGAN BANGUNAN (DECANTING WORKS)

JKR menitikberatkan perkataaan "DECANTING WORKS" lebih kepada mengosongkan bangunan dan pemindahan ruang, fasiliti dan juga peralatan pada bangunan yang akan dirobohkan kepada ruang yang dicadangkan oleh pihak HRPZ II.

Kontraktor berpendapat perkataan DECANTING WORKS itu adalah skop kerja untuk kerja -kerja menaiktaraf fungsi bangunan terutama dari pada kuarters/apartment kepada ruang pejabat. dan dari Unit Sajian ( dapur ) kepada klinik dada yang mempunyai keperluan rekabentuk yang lebih besar ataupun atau pun keseluruhannya bertukar.
Terbahagi kepada 3 bahagian :
1. Ujian Penilaian Keadaan (Condition appraisal test)
2. Pengubahsuaian (Renovation)
3. Pengosongan Bangunan

BANGUNAN YANG TERLIBAT UNTUK KERJA "DECANTING WORKS"

1) Existing Pejabat Pengarah ke Kuarters Block A
2) Klinik Dada ke Unit Sajian
3) Wad 15 & 16 ke Wad 6

SKOP KERJA DAN LAWATAN TAPAK

Tarikh 23 Mac 2008

Tempat: Pejabat Pengarah Hospital Raja Perempuan II Kota Bharu (HRPZ II)



Lawatan tapak ini merupakan bagi menerangkan menentukan skop kerja dan sempadan kawasan tapak di dalam kawasan HRPZ II.



SKOP KERJA

1. Kerja Pengosongan Bangunan ( Decanting works )

2. Kerja Pengalihkan Utiliti (Relocation works )

3. Kerja Perobohan ( Demolition works )

4. Kerja penyediaan kawasan meletak kereta (Provision of Tempoparary Carpark )

5. Kerja kerja berkaiatan ( Associated works)



SEMPADAN KERJA

Didalam pembinaan Bangunan baru Ambulatory Care Centre Kota Bharu (ACCKB) terletak di kawasana seluas 8,872 meter persegi di kawasan yang rata yang mengandungi 4 bangunan yang sedia ada yang perlu dirobohkan. iaitu :

1. Blok Pejabat Pengarah

2. Klinik dada

3. Wad 15 dan Wad 16

4. Surau

5. Termasuklah kawasan Taman dan bangku taman, kawasan meletak kereta, landskap dan pejalan kaki berbumbung